SAMBUTAN MAULIDUL RASUL 2012 SKSB


Program Sambutan Maulidul Rasul peringkat sekolah pada 2012 di SK Sungai Buloh telah dapat dijayakan dengan lancar. Antara aktivitinya ialah perarakan murid di sekitar kampung kawasan sekolah ini. Pelbagai pertandingan juga telah di anjurkan oleh pihak sekolah seperti pertandingan Tilawah Al-Quran, Mengalunkan Azan dan pelbagai lagi aktiviti bagi menyemarakkan lagi kecintaan kepada budaya ilmu dan penghayatan cara hidup Islam dalam kalangan warga sekolah.

SEJARAH PEMBUKAAN SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI BULOH



              Ini ialah gambar bangunan pertama sekolah yang sudah pun dinaik taraf dari bangunan sebelumnya. Menurut sumber lisan cerita daripada penduduk veteran kampung berdekatan, bentuk bangunan asal adalah bangunan sementara seperti ini tetapi beratapkan daun rumbia dan berdinding separuh. Bangunan pertama ini didirikan pada tahun 1960. Lokasinya terletak di tengah-tengah antara Kampung Payang Kayu dan Kampung Baung. Oleh yang demikian sekolah ini diberi nama Sekolah Kebangsaan Sungai Buloh bersempena nama sungai yang mengalir di antara dua kampung yang berhampiran.